Sumbangan Pembinaan Makmal Matematik Tambahan

Category:

Assalamualaikum & selamat sejahtera kepada semua ahli KUASA yang dikasihi. Didoakan semuanya sentiasa berada dalam rahmat Allah s.w.t dan sihat sejahtera hendaknya.

KUSESS yang kita kasihi telah memohon bantuan daripada alumni untuk membina sebuah makmal/bilik khas bagi subjek Matematik Tambahan.

Jumlah peruntukan yang diperlukan adalah sekitar RM 16000.

Pihak jawatankuasa tertinggi KUASA telah memutuskan untuk mengeluarkan RM 5000 daripada akaun KUASA dan baki peruntukan sebanyak
RM 11000 akan dikumpulkan melalui sumbangan ikhlas daripada ahli KUASA. Kertas kerja permohonan boleh diaskses melalui lampiran yang dikepilkan di bawah.

Seperti yang telah diumumkan dalam majlis sambutan Jubli Perak KUSESS sebelum ini, segala sumbangan sempena #kusess25years yang lalu telah dikhaskan untuk projek pembangunan KUSESS. Malangnya dengan situasi pandemik,segala perancangan terpaksa disesuaikan dengan keadaan semasa yang mana seperti semua sedia maklum, telah memperlahankan proses gerak kerja KUASA.

Sumbangan ini akan dijalankan selama dua (2) minggu bermula daripada 23 November – 6 Disember 2021.
Segala sumbangan boleh disalurkan melalui link yang akan diberikan oleh wakil batch masing-masing.

KUASA amat mengharapkan seluruh ahlinya memberikan sokongan padu dalam setiap gerak kerja yang dijalankan oleh pihak KUASA.

KUASA akan senantiasa terus memberikan khidmat terbaik dalam menjadi penghubung antara KUSESS dan ahli KUASA serta sedaya upaya berusaha dalam menjaga kebajikan ahli mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dalam perlembagaan KUASA.

Sokongan penuh daripada ahli KUASA menjadi pendorong kepada kami untuk terus bergerak kehadapan bagi memastikan KUASA berfungsi seperti mana yang diharapkan oleh ahli-ahlinya.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Sumbangan Pembinaan Makmal Matematik Tambahan”